Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAN DAMAI TRUMP: MAHMOUD ABBAS TEMUI WAKIL PUTIN

DUNIA

PELAN DAMAI TRUMP: MAHMOUD ABBAS TEMUI WAKIL PUTIN

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bertemu dengan utusan khas Presiden Rusia Vladimir Putin, Alexander Lavrentiev semalam berhubung perkembangan terkini dalam pelan damai timur tengah Amerika Syarikat (AS).

Abbas meminta Lavrentiev untuk menjayakan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967, demikian laporan agensi berita Palestin WAFA dipetik Xinhuanet.

Beliau memberi taklimat kepada utusan Rusia itu mengenai perkembangan terbaru selepas pengumuman pelan damai Presiden AS Donald Trump yang lebih dikenali sebagai “Perjanjian Abad Ini”.

Mesyuarat antara Abbas dengan utusan Rusia itu datang dalam konteks diplomatik kempen untuk menyokong perhimpunan sokongan menentang rancangan AS.

Menegaskan beliau menolak rancangan Trump, Abbas berkata akan melancarkan kempen diplomatik antarabangsa untuk menggagalkan pelan damai berat sebelah itu dan mengancam memutuskan hubungan keselamatan dengan AS dan Israel. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PELAN DAMAI TRUMP: MAHMOUD ABBAS TEMUI WAKIL PUTIN – Viral Meletop

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading