Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

3,825 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL AKIBAT PERTEMPURAN DI UTARA YAMAN

DUNIA

3,825 KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL AKIBAT PERTEMPURAN DI UTARA YAMAN

SANA’A: Sekurang-kurangnya 3,825 keluarga hilang tempat tinggal sejak dua minggu lalu susulan pertempuran antara pasukan tentera kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi di wilayah utara negara itu.

Xinhuanet melaporkan, kebanyakan keluarga terbabit dari Sana’a, Marib dan al-Jawf, demikian menurut kenyataan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.

Pertempuran meletus pertengahan Januari di daerah Nehm (Sana’a), Sirwah (Marib) dan al-Maton (al-Jawf) ekoran serangan peluru berpandu di kem latihan tentera kerajaan di Marib yang membunuh lebih 100 askar.

Utusan PBB ke Yemen, Martin Griffiths menyeru semua pihak di Yaman “untuk menghentikan semua aktiviti ketenteraan” kerana situasi akan menggagalkan proses damai yang sudah rapuh.

Yaman terbelenggu dengan perang saudara sejak hujung 2014 apabila kumpulan Houthi menguasai utara negara itu dan memaksa kerajaan sah Yaman dan Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi keluar dari Sana’a. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading