Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU PENCALONAN DOMINIC LAU, PAS P. PINANG AKAN BINCANG DENGAN AHLI PARTI

DALAM NEGARA

ISU PENCALONAN DOMINIC LAU, PAS P. PINANG AKAN BINCANG DENGAN AHLI PARTI

PAS Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

BUTTERWORTH: PAS Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusoff berkata ia bagi menerangkan keadaan supaya permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

“Kita sentiasa cuba tangani masalah ini…jentera PAS akan akur dan turun padang membantu kempen (Lau). Ini arahan daripada pucuk pimpinan PAS, kita akan berikan sokongan kepada semua calon-calon yang dikemukakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini meminta ahli dan penyokong parti itu untuk menerima pemilihan Lau sebagai calon DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu dengan hati terbuka.

Takiyuddin berkata keputusan mengenai pemilihan Lau dibuat dengan persetujuan kepimpinan tertinggi parti setelah melalui semua proses dan melepasi syarat yang ditetapkan.

Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan penyandang kerusi DUN berkenaan Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading