Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KTMB SEDIA TREN TAMBAHAN SEMPENA PRN, CUTI SEKOLAH

DALAM NEGARA

KTMB SEDIA TREN TAMBAHAN SEMPENA PRN, CUTI SEKOLAH

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan cuti sekolah akan datang.

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan cuti sekolah akan datang.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 Sept sempena cuti sekolah. 

Tren tambahan itu menawarkan sejumlah 8,190 tiket yang akan mula dijual pada 10 pagi esok.

“Setakat hari ini, tiket perkhidmatan ETS sedia ada telah 68 peratus dijual.

“Bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman, KTMB sekali lagi menawarkan tren ETS tambahan terutamanya mereka yang akan pulang mengundi di  Pulau Pinang dan Kedah,” menurut kenyataan itu.

Para pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading