Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TULAR PUKUL GUNA BATANG BESI DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI TULAR PUKUL GUNA BATANG BESI DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki tular videonya yang mengasari individu lain menggunakan sebatang besi di kawasan Taman Danau Desa, di sini Selasa lalu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tular videonya yang mengasari individu lain menggunakan sebatang besi di kawasan Taman Danau Desa, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfield ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan video tular itu sekitar 12.15 tengah hari semalam dan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat lelaki tempatan berusia 48 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku Isnin lalu, lebih kurang 9.55 pagi di kawasan Taman Danau Desa dan suspek berusia 45 tahun ditahan keesokannya, Selasa lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tempoh tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah diperoleh selama tiga hari daripada Majistret Kuala Lumpur, katanya.

“Kertas siasatan akan diedar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Amihizam meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan video tular terbabit.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading