Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JAKIM AMBIL SERIUS LAPORAN PEGAWAI TERLIBAT AKTIVITI POLITIK

DALAM NEGARA

JAKIM AMBIL SERIUS LAPORAN PEGAWAI TERLIBAT AKTIVITI POLITIK

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius laporan pegawainya yang terlibat dalam aktiviti parti politik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff – Foto Fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius laporan pegawainya yang terlibat dalam aktiviti parti politik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“JAKIM ingin merujuk isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawai JAKIM dalam aktiviti politik.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Semua warga kerja JAKIM dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuatkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading