Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEMANDU TRELER MAUT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

DUA PEMANDU TRELER MAUT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang semalam.

IPOH: Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki Melayu tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki Melayu turut disahkan maut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading