77 TITIK PANAS KEBAKARAN DIKESAN DI SARAWAK BULAN INI
Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura telah mengesan 77 titik panas kebakaran di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas, dengan bilangan titik panas tertinggi direkodkan sebanyak 36 pada 1 Ogos.
KUCHING: Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura telah mengesan 77 titik panas kebakaran di Sarawak bagi tempoh antara 1 hingga 15 Ogos lepas, dengan bilangan titik panas tertinggi direkodkan sebanyak 36 pada 1 Ogos.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata bagi tempoh sama, sebanyak 2,153 titik panas turut dikesan di Kalimantan dengan bilangan tertinggi pada 5 Ogos iaitu sebanyak 376 titik panas.
“Pada tempoh 13-15 Ogos, tiada titik panas dikesan di Sarawak, manakala 424 titik panas dikesan di Kalimantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ASMC turut melaporkan sejumlah 195 titik panas dikesan di negeri ini dan 2,820 di Kalimantan, Indonesia bagi tempoh Januari hingga Julai lepas.
Bagaimanapun, katanya sepanjang tempoh antara Januari hingga setakat 8 pagi semalam, trend Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak adalah dalam lingkungan tahap baik sehingga sederhana dengan tiada bacaan tidak sihat direkodkan.
“Berdasarkan tinjauan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 26 Julai, negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya (MBD) yang telah bermula pada 15 Mei lepas dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September ini,” katanya.
Dr Hazland berkata angin dengan kelembapan udara yang lebih rendah lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya semasa fasa MBD ini yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.
Katanya ASMC meramalkan keadaan kering akan berterusan di wilayah berdekatan seperti di bahagian selatan dan tengah Kalimantan yang mengakibatkan risiko peningkatan titik panas dan asap jerebu di kawasan mudah terbakar.
Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengaktifkan bilik operasi jerebu, memberhentikan pengeluaran permit pembakaran terbuka secara terkawal serta membatalkan permit yang telah dikeluarkan untuk tujuan itu.
“NREB juga telah mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek dan mengadakan program kesedaran bersama agensi-agensi lain bagi memastikan kualiti udara terjaga,” katanya dan menambah program rondaan di lapangan turut dilaksanakan bagi memastikan pembakaran terbuka tidak dijalankan.
Katanya sesiapa yang melakukan kesalahan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Orang ramai disarankan untuk minum air secukupnya, mengurangkan aktiviti luar atau memakai topeng muka, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi yang perlu melakukan aktiviti luar ketika menghadapi tempoh cuaca panas dan kering.
“Orang awam juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka di talian 082-319543 atau pejabat-pejabat NREB berdekatan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked