Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN SEKOLAH AGAMA DITUTUP: HENTIKAN FITNAH YANG DIULANG-ULANG – MB SELANGOR

DALAM NEGARA

DAKWAAN SEKOLAH AGAMA DITUTUP: HENTIKAN FITNAH YANG DIULANG-ULANG – MB SELANGOR

Pihak tidak bertanggungjawab digesa untuk menghentikan fitnah berhubung dakwaan lebih 200 sekolah agama persendirian di Selangor diarah tutup.

SHAH ALAM: Pihak tidak bertanggungjawab digesa untuk menghentikan fitnah berhubung dakwaan lebih 200 sekolah agama persendirian di Selangor diarah tutup.

Tegas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, dakwaan tersebut tidak berasas dan perkara tersebut telah pun dijawab kerajaan Selangor semasa bulan Julai lalu.

“Hentikan fitnah yang diulang-ulang. Telah dijawab semasa bulan Julai, dakwaan bahawa lebih 200 sekolah agama ditutup di Selangor adalah fitnah dan tidak berasas,” katanya dalam satu ciapan di X, hari ini.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan tiada sebarang notis dikeluarkan kerajaan Selangor untuk merobohkan mana-mana sekolah agama persendirian seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya kerajaan negeri berusaha dalam menambah baik garis panduan pusat pendidikan agama bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Tindakan tersebut diambil berasaskan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj susulan kejadian kebakaran pusat tahfiz hingga melibatkan kemalangan jiwa pada 2017.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading