Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAJIKAN DIGALAK BERI HARI KELEPASAN AM BERGAJI SEMPENA PRN – KSM

DALAM NEGARA

MAJIKAN DIGALAK BERI HARI KELEPASAN AM BERGAJI SEMPENA PRN – KSM

Cuti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan pada 13 dan 14 Ogos lepas merupakan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).

PUTRAJAYA: Cuti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan pada 13 dan 14 Ogos lepas merupakan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan hari kelepasan am yang diisytiharkan itu bukan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan mengikut seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 (Akta 265). 

“Walau bagaimanapun, pihak majikan yang terlibat digalakkan supaya memberi hari kelepasan am bergaji kepada pekerja yang terlibat,” menurut kenyataan itu. 

Kerajaan negeri yang terlibat dengan PRN pada 12 Ogos lepas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mengisytiharkan 13 Ogos sebagai cuti peristiwa, manakala Selangor dan Negeri Sembilan pada 14 Ogos.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading