Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ECUADOR TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN UNTUK HADAPI PILIHAN RAYA AWAL

DALAM NEGARA

ECUADOR TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN UNTUK HADAPI PILIHAN RAYA AWAL

Ecuador mengetatkan kawalan keselamatan menjelang pilihan raya umum awal Ecuador yang dijadualkan pada 20 Ogos, dengan lebih 100,000 pegawai, termasuk polis, tentera dan kakitangan teknikal telah dikerahkan, lapor Xinhua memetik Menteri Dalam Negeri Juan Zapata pada Rabu.

Sumber Gambar: AFP

QUITO: Ecuador mengetatkan kawalan keselamatan menjelang pilihan raya umum awal Ecuador yang dijadualkan pada 20 Ogos, dengan lebih 100,000 pegawai, termasuk polis, tentera dan kakitangan teknikal telah dikerahkan, lapor Xinhua memetik Menteri Dalam Negeri Juan Zapata pada Rabu.

“Keutamaan negara adalah untuk memastikan hak rakyat untuk keluar mengundi,” katanya pada sidang media bersama pihak berkuasa Polis Negara dan Majlis Pilihan Raya Kebangsaan.

Tiga pos perintah akan memantau kawasan pengundian dan perwakilan pilihan raya wilayah.

Sementara itu, Presiden Majlis Pilihan Raya Diana Atamaint menegaskan bahawa walaupun berlaku keganasan semasa kempen pilihan raya, termasuk pembunuhan calon presiden Fernando Villavicencio pada 9 Ogos lalu, pihak berkuasa telah berusaha memastikan keselamatan pengundi dan melindungi hak semua untuk keluar mengundi.

“Langkah kontingensi serta pencegahan telah disediakan untuk memastikan keselamatan dan pilihan raya berjalan lancar supaya rakyat dapat keluar beramai-ramai untuk mengundi,” katanya.

Presiden Guillermo Lasso juga memberi kuasa kepada Angkatan Tentera untuk memulakan kawalan di kawasan bermula 9 malam waktu tempatan (0200 GMT) pada Rabu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading