Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM ANJUR SOLAT JENAZAH GHAIB BUAT SHEIKH YUSUF AL-QARADHAWI MALAM INI

DALAM NEGARA

JAKIM ANJUR SOLAT JENAZAH GHAIB BUAT SHEIKH YUSUF AL-QARADHAWI MALAM INI

Sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham, solat jenazah ghaib tersebut akan diadakan secara serentak di tiga buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Gambar Fail: AFP

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib buat ulama tersohor Allahyarham Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, selepas solat Isyak malam ini (27 September).

ARTIKEL BERKAITAN – SHEIKH YUSUF AL QARADHAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff berkata, sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham, solat jenazah ghaib tersebut akan diadakan secara serentak di tiga buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“JAKIM ingin turut menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat almarhum,” dalam kenyataannya, hari ini.

Semalam, Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah meninggal dunia.

Ujar Hakimah, pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat dunia selain jasanya khusus dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah sangat memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah menganugerahkan Allahyarham sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1431H bersamaan tahun 2009M.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PEMERGIAN YUSUF AL-QARADHAWI KEHILANGAN BESAR DUNIA ISLAM – IDRIS AHMAD – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading