Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMERGIAN YUSUF AL-QARADHAWI KEHILANGAN BESAR DUNIA ISLAM – IDRIS AHMAD

DALAM NEGARA

PEMERGIAN YUSUF AL-QARADHAWI KEHILANGAN BESAR DUNIA ISLAM – IDRIS AHMAD

Pemergian tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi merupakan kehilangan besar buat umat Islam di seluruh dunia.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Pemergian tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi merupakan kehilangan besar buat umat Islam di seluruh dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN – JAKIM ANJUR SOLAT JENAZAH GHAIB BUAT SHEIKH YUSUF AL-QARADHAWI MALAM INI
ARTIKEL BERKAITAN – SHEIKH YUSUF AL QARDAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN

“Beliau merupakan ulama, pejuang gerakan Islam serta pemikir Islam kontemporari yang banyak menyumbang kepada dunia Islam menerusi keilmuan dan karyanya yang masyhur.

“Beliau juga merupakan mantan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sungguh besar peranan dan sumbangan belia demi kemaslahatan umat Islam dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook Idris Ahmad, hari ini.

Terdahulu, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.

Yusuf al-Qaradhawi yang lahir pada 9 September 1926 yang juga merupakan cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir.

Dalam pada itu, Idris turut mendoakan agar Allah SWT merahmati Allahyarham Yusuf al-Qaradhawi dan memasukkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SHEIKH YUSUF AL QARDAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading