Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN JADIKAN JALAN RAYA MEDAN BERLUMBA – SULTAN PAHANG

UTAMA

JANGAN JADIKAN JALAN RAYA MEDAN BERLUMBA – SULTAN PAHANG

“Beta amat berdukacita melihat masih wujud segelintir anak muda memilih jalan raya sebagai pentas mencari kemasyhuran, menjadikan deruman enjin sebagai lambang keberanian dan menganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan,” titah Sultan Pahang.

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan golongan yang terlibat dalam perlumbaan haram supaya menghentikan kegiatan itu sebelum berlaku nahas yang meragut nyawa.

Baginda bertitah, setiap individu perlu mengingati keluarga yang sentiasa menanti kepulangan mereka dengan selamat dan tidak menjadikan jalan raya sebagai medan menguji keberanian.

“Beta amat berdukacita melihat masih wujud segelintir anak muda memilih jalan raya sebagai pentas mencari kemasyhuran, menjadikan deruman enjin sebagai lambang keberanian dan menganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan.

“Lebih mendukacitakan apabila budaya tidak bermoral ini diraikan di media sosial. Aksi berbahaya dipertontonkan untuk meraih pujian dan perhatian sedangkan hakikatnya, tepukan diterima hari ini sering kali berakhir dengan tangisan ibu bapa, penyesalan yang tiada penghujung dan pusara yang sunyi,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini.

Baginda turut mengingatkan bahawa keberanian sebenar bukan diukur melalui kelajuan atau aksi berbahaya, sebaliknya melalui sikap bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading