JANGAN NORMALISASIKAN NYAHINSANI PENDUDUK GAZA, KATA MEXICO DI ICJ
Mexico memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis bahawa nyahinsani seluruh penduduk di Gaza “tidak boleh dinormalisasi”, sambil menyifatkan keadaan semasa sebagai saat penting bagi mempertahankan undang-undang dan institusi antarabangsa.
GENEVA: Mexico memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis bahawa nyahinsani seluruh penduduk di Gaza “tidak boleh dinormalisasi”, sambil menyifatkan keadaan semasa sebagai saat penting bagi mempertahankan undang-undang dan institusi antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Ini adalah detik penting bukan sahaja untuk mempertahankan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, tetapi juga demi memelihara nilai kemanusiaan sejagat. Dunia tidak sepatutnya dan tidak boleh menormalisasikan nyahinsani terhadap sesuatu bangsa secara keseluruhan,” kata wakil Mexico, Pablo Arrocha Olabuenaga, di mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu.
“Tiada konflik yang boleh mengorbankan maruah manusia.”
Mexico memohon agar mahkamah mengesahkan bahawa semua negara anggota PBB, termasuk Israel, secara sah terikat untuk menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB serta agensinya, memudahkan bantuan kemanusiaan, dan mengelakkan sebarang tindakan yang menyekat usaha bantuan di wilayah yang diduduki, kata Arrocha.
“Realiti yang berlaku di Gaza tidak boleh dan tidak patut dijustifikasikan,” katanya. “Kanak-kanak kebuluran. Nyawa melayang.”
Beliau berhujah bencana kemanusiaan di Gaza sebagai “pilihan yang disengajakan, hasil keputusan politik”, sambil menegaskan ia sebenarnya boleh dielakkan dan diperbetulkan.
Bagi pihak Mexico, beliau menggesa Israel sebagai negara anggota PBB dan kuasa pendudukan agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan tanggungjawab hak asasi manusia, termasuk membenarkan dan memudahkan bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta memastikan perlindungan terhadap orang awam.
Wakil Mexico yang lain, Patricia Perez, memberitahu mahkamah bahawa situasi di Gaza semakin memburuk saban hari meskipun pelbagai rayuan antarabangsa agar Israel bertindak secara berhemah serta memberikan akses dan perlindungan.
Beliau berkata keadaan yang semakin meruncing itu menekankan keperluan mendesak dari segi undang-undang dan moral dalam kes tersebut, khususnya mengenai kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked