JEMAAH HAJI MALAYSIA DI MADINAH MULA MEMASUKI MAKKAH SECARA BERPERINGKAT
Jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025, akan mula bergerak ke Makkah secara berperingkat, bermula dengan kumpulan pertama (KT1) sebanyak 284 orang pada 4 Mei ini.
MADINAH: Jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025 di sini, akan mula bergerak ke Makkah secara berperingkat, bermula dengan kumpulan pertama (KT1) sebanyak 284 orang pada 4 Mei ini.
Pengurus Zon Dua Madinah Shahidan Ishak berkata bagi memastikan kelancaran perjalanan, jemaah haji akan menghadiri sesi taklimat yang dikendalikan oleh
Tabung Haji (TH) sehari sebelum berlepas ke Makkah.
“Jadi, kita akan beri taklimat persediaan kepada jemaah bagi memastikan mereka memahami dan mengikuti semua keperluan sebelum berangkat termasuk pemakaian ihram serta persiapan lain yang perlu dilakukan.
“Antara perkara yang akan dimaklumkan dalam taklimat ialah lokasi dan waktu berniat ihram. Sebagai contoh, jemaah hanya akan berniat ihram apabila tiba di Miqat Bir Ali sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah,” katanya ketika ditemui media.
Shahidan berkata TH turut menyediakan kaunter bimbingan dan ziarah di Pejabat Operasi Madinah bagi memudahkan jemaah mendapatkan maklumat serta panduan berkaitan ibadah umrah dan haji.
“Selain itu, sebanyak 13 petugas terdiri daripada lapan petugas haji dan lima petugas Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) ditempatkan di Zon Dua Madinah bagi memastikan kelancaran operasi pengurusan jemaah haji pada musim ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shahidan turut menasihati jemaah haji untuk sentiasa memakai tanda nama serta gelang pengenalan diri bagi memudahkan urusan pengesanan dan keselamatan sepanjang berada di Tanah Suci.
“Pada masa yang sama, segala maklumat akan disalurkan secara berterusan kepada jemaah melalui kumpulan WhatsApp rasmi dan juga papan-papan buletin yang disediakan di sekitar kawasan hotel penginapan, bagi memastikan jemaah sentiasa mendapat informasi yang tepat sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.
Shahidan berkata pelbagai kemudahan turut disediakan kepada jemaah yang berada di Zon Dua Madinah termasuk kaunter khidmat pelanggan dan kaunter Bank Islam, selain perkhidmatan pengurusan bagasi serta kaunter pendaftaran kad sim prabayar.
Bagi musim haji kali ini, TH menyediakan tiga bangunan penginapan jemaah haji di Madinah, iaitu di zon satu menempatkan jemaah di Anwar Al Madinah Movenpick dan Saja Al Madinah manakala zon dua di Emaar Royal Hotel Madinah.
Sebanyak 122 daripada 632 petugas TH yang bertugas musim haji tahun ini ditempatkan di Madinah bagi memastikan perjalanan ibadah haji Duyufurrahman berjalan lancar dan sempurna. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager