Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN SEMBARANG SENTUH ISU AGAMA ISLAM, JAGA KEHARMONIAN NEGARA

UTAMA

JANGAN SEMBARANG SENTUH ISU AGAMA ISLAM, JAGA KEHARMONIAN NEGARA

Semua pihak digesa lebih berhati-hati dan tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam secara sewenang-wenangnya kerana kenyataan tidak cermat dan provokatif boleh membuka ruang manipulasi politik, mencetuskan tindak balas ekstrem serta menjejaskan keharmonian negara.

KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa supaya lebih berhati-hati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam secara sewenang-wenangnya bagi memelihara keharmonian serta kestabilan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kenyataan yang tidak cermat dan bersifat provokatif hanya membuka ruang kepada manipulasi politik serta mencetuskan tindak balas ekstrem.

“Sebarang kenyataan yang tidak cermat dan provokatif hanya akan membuka ruang manipulasi politik, mencetuskan tindak balas ekstrem, serta merosakkan keharmonian dan kestabilan negara,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan Islam di Malaysia perlu dilihat berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan jurisprudens fiqhi yang membentuk identiti negara sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan sederhana.

Menurutnya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan, manakala kebebasan agama lain untuk diamalkan dalam suasana aman dan damai turut dijamin.

Kedudukan Islam dalam tatanegara Malaysia turut dizahirkan menerusi syiar Islam, kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kewujudan Mahkamah Syariah serta ekosistem sosioekonomi Syariah termasuk perbankan Islam dan industri halal.

Kesemua elemen perundangan, sejarah dan institusi itu saling melengkapi serta menolak sebarang andaian yang mempertikaikan kedudukan Islam dalam kerangka Perlembagaan negara.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Islam menolak pemikiran ghuluw atau melampau, ketaksuban buta dan ekstremisme berasaskan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan.

Pada masa sama, pengiktirafan terhadap kedudukan Islam di Malaysia tidak bermakna penindasan terhadap penganut agama lain, sebaliknya hak masyarakat bukan Muslim untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing secara aman terus dipelihara menerusi jaminan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Siyasah Shar’iyyah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading