Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN TERPENGARUH DENGAN AJARAN SELAIN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH – MUFTI KEDAH

DALAM NEGARA

JANGAN TERPENGARUH DENGAN AJARAN SELAIN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH – MUFTI KEDAH

BALING: Umat Islam di Malaysia perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak pengaruh dengan mana-mana fahaman yang tidak selari dengan pegangan tersebut.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang mengesahkan bahawa tiada sebarang aktiviti yang berkait rapat dengan fahaman ‘Islam Melayu’ yang dibawa oleh individu yang dikenali ‘Ibu Yati’.

Dalam pada itu, Mufti Kedah berharap agar masyarakat memahami perkara asas iaitui Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir dan tiada nabi lain selepas itu.

“Fahaman ‘Agama Melayu’ atau Rasul Melayu ini sebenarnya baru timbul, dan fahaman ini saya dapati belum ada di Kedah.

“Kita harap masyarakat Islam tidak kira di mana-mana juga, untuk tidak terpengaruh dengan ajaran seperti itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Sheikh Fadzil memaklumkan pemantauan diadakan secara berterusan yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bagi memastikan tiada sebarang aktiviti berkaitan pelanggaran akidah.

Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyatakan pihaknya sentiasa terbuka untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat negara ini.

Menurutnya, ia termasuk memberi kefahaman kepada mereka yang terlibat dalam ajaran agama Melayu yang dibawakan ‘Ibu Yati’.

Sebelum ini, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan dilaporkan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading