Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KHAIRY JAMALUDDIN: VAKSIN COVID-19 TIADA KANDUNGAN MIKROCIP, BUKAN AGENDA KONSPIRASI

DALAM NEGARA

KHAIRY JAMALUDDIN: VAKSIN COVID-19 TIADA KANDUNGAN MIKROCIP, BUKAN AGENDA KONSPIRASI

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menafikan bahawa vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia tidak mengandungi mikrocip untuk mengambil alih pemikiran.

Menerusi kenyataannya hari ini, vaksin yang bakal digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah selamat dan berkesan, dan ianya telah diuji terhadap puluhan ribu penerima sebelum diluluskan.

“Jutaan manusia di seluruh dunia sudah mula menerima suntikan mereka dan tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka, serta tidak mengubah DNA penerima.

“Vaksin ini dihasilkan oleh sains, bukannya teori konspirasi yang tular dalam kumpulan aplikasi WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu. Sains mesti menang,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menafikan dakwaan bahawa vaksin itu merupakan agenda Illuminati yang mahu menubuhkan Order Dunia Baharu atau ‘New World Order’.

Mengulas lanjut, Khairy selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong program imunisasi tersebut yang bakal dilancarkan akhir bulan ini.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat, yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa pendaftaran bagi vaksin COVID-19 dijangka dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading