Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUU GANGGUAN SEKSUAL DIJANGKA SIAP MAC

DALAM NEGARA

RUU GANGGUAN SEKSUAL DIJANGKA SIAP MAC

KUALA LUMPUR: Susulan kejadian gangguan seksual melibatkan anggota polis, rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf undang-undang tersebut dalam peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Usaha-usaha kesedaran dan pendidikan tentang gangguan seksual terus digerakkan oleh semua agensi di bawah kementerian ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Rina memberi jaminan RUU tersebut akan bersifat secara menyeluruh dalam membanteras isu gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata.

Rina mengulas desakan beberapa pihak termasuk bekas menteri kementerian tersebut, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mempercepatkan RUU tersebut.

Terdahulu, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan mewujudkan akta khusus bagi membantu mangsa mendapat bantuan jika menghadapi gangguan seksual.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Rina Harun Jangka RUU Gangguan Seksual Akan Siap Mac Ini - Oh! Media

  2. Pingback: Rina Harun Jangka RUU Gangguan Seksual Akan Siap Mac Ini - BuzzKL

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading