Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘JEDA KEMANUSIAAN’ DI GAZA AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA 24 JAM – QATAR

DUNIA

‘JEDA KEMANUSIAAN’ DI GAZA AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA 24 JAM – QATAR

“Qatar mengumumkan kejayaan usaha menjadi pengantara bersama dengan Mesir dan Amerika Syarikat (AS)  yang menghasilkan perjanjian untuk jeda kemanusiaan antara Hamas dan Israel,”

Sumber gambar: AFP

ISTANBUL: Permulaan “jeda kemanusiaan” antara Israel dan Hamas akan diumumkan dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Luar Qatar pada Rabu.

“Qatar mengumumkan kejayaan usaha menjadi pengantara bersama dengan Mesir dan Amerika Syarikat (AS)  yang menghasilkan perjanjian untuk jeda kemanusiaan antara Hamas dan Israel,” kata Kementerian Luar Qatar di X lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian itu, jeda kemanusiaan akan berlangsung selama empat hari dan tertakluk kepada lanjutan.

Dalam tempoh itu, bantuan kemanusiaan termasuk bahan api akan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza.

“Qatar mengesahkan komitmennya terhadap usaha diplomatik berterusan untuk meredakan ketegangan, menghentikan pertumpahan darah dan melindungi orang awam.

“Sehubungan itu Qatar menghargai usaha Mesir dan AS dalam mencapai persetujuan berkenaan,” kata kementerian itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading