KESENGSARAAN KELUARGA QIBLAWI GAMBARAN KEBIADABAN TENTERA ZIONIS
Awal pagi Ahad lalu, seorang warga Palestin Majda Qiblawi dan empat orang anak perempuannya dipaksa keluar dari rumah mereka di daerah Burqin barat Jenin dan diarah duduk di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan hujan lebat ketika musim sejuk mula melanda Palestin.
Tentera Israel memindahkan warga Palestin yang ditahan dari Semenanjung Gaza pada 21 November 2023, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan Gerakan Hamas Palestin. –Foto AFP
JENIN: Awal pagi Ahad lalu, seorang warga Palestin Majda Qiblawi dan empat orang anak perempuannya dipaksa keluar dari rumah mereka di daerah Burqin barat Jenin dan diarah duduk di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan hujan lebat ketika musim sejuk mula melanda Palestin.
Tentera penjajah kemudian merentap lengan anak lelaki tunggalnya, Abdullah, 21, yang menghidap sakit kronik dan mengheretnya keluar dari rumah dengan keadaan matanya ditutup dan tangan diikat.
Menceritakan detik hitam itu kepada Agensi Berita Palestin (WAFA), Majda berkata kira-kira pukul 7.30 pagi, sepasukan tentera Zionis Israel cuba memecahkan pintu rumah dengan melontar bom dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum menyerbu masuk.
“Kami sedang tidur ketika itu,” kata Majda.
Sebelum itu tentera Israel melaungkan nama suaminya Rajeh supaya keluar dan menyerah diri atau mereka akan menembaknya, tetapi suaminya tiada di rumah ketika itu.
Suaminya, Rajeh Qiblawi, 40-an, anggota pimpinan pusat Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin merupakan bekas tahanan tentera Israel yang dibebaskan September tahun lalu selepas dipenjara selama empat tahun.
“Tentera Zionis masuk dengan biadab menyebabkan anak-anak perempuan saya ketakutan dan menangis,” katanya.
Abdullah pernah mengalami kecederaan parah sebelum ini dan baru selesai menjalani beberapa siri pembedahan selain masih menerima rawatan.
Tentera Israel tetap menahannya tanpa rasa simpati dengan keadaannya yang masih lemah.
“Abdullah pernah kemalangan dan menjalani pembedahan membuang limpa, buah pinggang dan sebahagian paru-parunya, tahap kesihatannya tidak stabil dan masih bergantung kepada ubat tetapi mereka tidak mengendahkan semua itu.
“Puas saya merayu kepada mereka untuk benarkan dia mengambil ubat-ubatannya tetapi mereka tidak mengendahkan. Mereka tetap menyeretnya yang tidak lengkap berpakaian dan membawanya pergi.
“Mereka turut membiarkan saya dan empat anak perempuan saya, yang sulung berumur 14 tahun dan yang bongsu berumur tujuh tahun duduk di tepi jalan dalam keadaan hujan selama lebih sejam sambil dikawal ketat seorang tentera bersenjata,” katanya.
Beliau berkata tentera zionis turut mengancam akan kembali semula untuk menahan suaminya dan mengugut membunuhnya jika tidak menyerah diri selain mengancam akan mengebom rumah mereka.
Sehingga kini beliau sekeluarga tidak mengetahui di mana Abdullah berada dan ke mana dia dibawa oleh tentera zionis.
Majda merayu kepada Majlis Hak Asasi Manusia dan institusi kemanusiaan antarabangsa untuk campur tangan segera bagi membolehkan bekalan ubatan yang diperlukan dihantar kepada anaknya.
Sejak sekian lama begitulah rutin harian kehidupan yang perlu dilalui warga Palestin.
Rakyat Palestin sering diacu dengan senapang, dilontar bom, dilayan dengan kasar dan biadap, situasi itu berlaku hampir di kesemua bandar, daerah dan kampung malah di sekitar kem pelarian Palestin di Tebing Barat, lapor WAFA.
Menurut WAFA serangan dan jenayah perang oleh Israel terus berlaku di Gaza dan Tebing Barat dengan tentera sengaja memusnahkan bangunan kediaman dan infrastruktur awam.
Sehingga kini, serangan rejim zionis Israel mengorbankan kira-kira 14,100 warga Palestin termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita dengan lebih 33,000 cedera serta lebih 6,800 masih terperangkap di bawah runtuhan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.