Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEDA KEMANUSIAAN: TRAK BAWA BAHAN API MULA MASUKI GAZA

DUNIA

JEDA KEMANUSIAAN: TRAK BAWA BAHAN API MULA MASUKI GAZA

Sumber Palestin di persimpangan Rafah memberitahu bahawa trak yang membawa gas memasak dan diesel mula memasuki Gaza dari Mesir.

Sumber Gambar: AFP

BANDARAYA GAZA: Ketika jeda kemanusiaan berkuat kuasa di Gaza pada Jumaat, trak yang membawa bahan api mula memasuki wilayah Palestin dari Mesir, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sumber Palestin di persimpangan Rafah memberitahu bahawa trak yang membawa gas memasak dan diesel mula memasuki Gaza dari Mesir.

Selepas ini, barangan bantuan dan bekalan perubatan juga dijangka dibawa masuk ke Gaza.

Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.

Jeda bermula pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading