Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN SELANGOR SAMPAIKAN DANA TABUNG MUSA’ADAH PALESTIN JAKIM LEBIH RM4 JUTA

DALAM NEGARA

SULTAN SELANGOR SAMPAIKAN DANA TABUNG MUSA’ADAH PALESTIN JAKIM LEBIH RM4 JUTA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan dana bantuan kemanusiaan umat Islam Palestin kepada Tabung Musa’adah Palestin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjumlah RM4,374,280.63.

Sumber Gambar: AFP

SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan dana bantuan kemanusiaan umat Islam Palestin kepada Tabung Musa’adah Palestin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjumlah RM4,374,280.63.

Sultan Selangor bertitah dana tersebut adalah sumbangan umat Islam melalui kutipan yang dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri berkenaan.

“Beta mendoakan agar Allah memberi ganjaran amal soleh atas infak yang disumbangkan oleh rakyat Negeri Selangor untuk membantu umat Islam di Palestin,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang, dekat sini hari ini.

Baginda bertitah agar pengumpulan dan penyaluran sumbangan rakyat Selangor dapat dibuat dan diselaraskan melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) bermula 13 Okt lepas.

“Ini bagi menentukan agar pengelolaan dana dapat dibuat secara tersusun, bertanggungjawab, telus dan lancar. Penyelarasan oleh TIJARI turut memberi jaminan bahawa setiap infak umat Islam di Negeri Selangor dapat disampaikan terus kepada rakyat Palestin tapa sebarang ketirisan dan mengelak berlaku penyaluran dana kepada pihak yang tidak berwibawa,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut berdoa semoga Allah yang Maha Berkuasa dapat melindungi kemuliaan Masjid Al-Aqsa di Palestin, agar umat Islam dapat mendirikan solat dan membuat amal ibadat secara aman.

“Beta juga berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang rakyat Palestin untuk menghapuskan kezaliman Zionis Israel dan hak-hak mereka dikembalikan serta dapat mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat,” titah baginda.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading