Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH BEKAS MUFTI NEGERI SEMBILAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH BEKAS MUFTI NEGERI SEMBILAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

SEREMBAN: Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj Mohd Said, Sikamat di sini pada 8.30 pagi.

Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang, pada usia 79 tahun. – Bernama

SEREMBAN: Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj Mohd Said, Sikamat di sini pada 8.30 pagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Masjid Taman Marida sebelum dibawa ke Masjid Negeri untuk disolatkan.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri Sembilan Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin pada 7.40 pagi.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan turut serta menunaikan solat jenazah.

Hadir sama, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. 

Kira-kira 300 orang menghadiri pengebumian Allahyarham yang berlangsung dalam keadaan hiba.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang di sini pada 7.43 malam tadi, pada usia 79 tahun akibat komplikasi barah hati.

Mohd Yusof dilantik sebagai Mufti keempat kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009.

Allahyarham yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan pada 2005 meninggalkan seorang isteri Datin Pahariah Jamaludin dan enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading