IMPIAN SHAH FIRDAUS BAWA IBU BAPA TUNAI UMRAH TERCAPAI
SEPANG: Impian pelumba berbasikal trek lelaki negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai apabila sebuah agensi pelancongan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menawarkan untuk menajanya ke Tanah Suci.
Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika ditemui pengamal media media sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas penyertaan di Sukan Olimpik Paris 2024. – Bernama
SEPANG: Impian pelumba berbasikal trek lelaki negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai apabila sebuah agensi pelancongan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menawarkan untuk menajanya ke Tanah Suci.
Berita mengenai kekecewaan Shah Firdaus yang tidak dapat mengotakan janji untuk mengerjakan umrah bersama ibunya kerana tidak berjaya meraih sebarang pingat pada acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 ternyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Shah Firdaus berkata selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya dengan menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.
Namun semalam, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Paris, beliau dikejutkan dengan tajaan ikhlas.com yang menawarkan pakej umrah kepadanya pada bila-bila masa.
Shah Firdaus berkata beliau begitu terharu dengan tawaran yang diberikan dan menyifatkan ia sebagai hadir tepat pada waktunya.
“Sebelum ke Paris ibu tanya boleh belanja ibu pergi umrah? Saya cakap mestilah boleh tapi ibu doakan saya menang harapnya boleh pergi umrah bersama ibu dan ayah.
“Bila insiden di Paris berlaku, pengurus pasukan maklum kepada saya banyak agensi yang menawarkan untuk taja saya, tapi yang di KLIA memang betul-betul datang dan tawarkan sendiri kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Shah Firdaus berkata beliau akan berbincang bersama Ketua Jurulatih skuad berbasikal trek negara John Beasley mengenai masa yang sesuai untuk beliau menunaikan ibadah umrah kerana dijangka perlu beraksi pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek di Denmark Oktober ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Ikhlas Kamarudin berkata tajaan kepada Shah Firdaus diberikan kerana tersentuh dengan perjuangan pelumba berusia 28 tahun itu yang dilihat ikhlas untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah.
“Semasa temu bual selepas perlumbaan, Shah Firdaus terangkan impiannya yang sangat ikhlas … insya-Allah, setelah apa yang berlaku, kita harap ia membentuk beliau menjadi insan yang lebih memahami apa itu hidup dan cabaran, kembali bersemangat,” katanya.
Shah Firdaus gagal membawa pulang sebarang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila disingkirkan semasa pusingan final acara keirin lelaki meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat Ahad lepas.
Atlet berasal dari Muar, Johor itu yang sedang memecut untuk menuju garisan penamat dirempuh pelumba Jepun Shinji Nakano yang menyebabkan pelumba Great Britain Jack Carlin hilang kawalan sekali gus terjatuh semasa pusingan terakhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests