KUALA LUMPUR: Upacara penghormatan terakhir Almarhum Asy Syahid Mujahid Ismail Haniyeh akan dilangsungkan di Tehran, Iran, pada esok (Khamis 1 Ogos).
Dalam satu kenyataan Hamas, selepas upacara tersebut selesai, jenazah Haniyeh akan diterbangkan ke ibu negara Qatar, Doha, pada petang hari yang sama.
Solat jenazah Haniyeh akan disempurnakan di Masjid Imam Muhammad Abdul Wahhab, Doha pada Jumaat 2 Ogos selepas solat Jumaat.
Jenazah Haniyeh kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan di Lusail, Utara Doha.
Dijangkakan kehadiran beberapa pemimpin dunia yang bersama dengan Haniyeh dalam perjuangan Palestin ke pengebumian Allahyarham.
Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan rejim Zionis Israel di Tehran, Iran.—AlHijrah Online