Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU: AGONG TITAH UTAMAKAN KESIHATAN MURID, NASIHAT TUTUP SEKOLAH DI KAWASAN TERJEJAS

DALAM NEGARA

JEREBU: AGONG TITAH UTAMAKAN KESIHATAN MURID, NASIHAT TUTUP SEKOLAH DI KAWASAN TERJEJAS

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.” titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sumber Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar keselamatan dan kesihatan murid diutamakan dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Seri Paduka Baginda juga menasihatkan penutupan sekolah di kawasan terjejas, terutamanya yang mencatatkan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) antara 150 dan 180 secara berpanjangan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) mesti memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan (jerebu), langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim pada masa sama menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu.

Semalam, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri terbabit.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi tadi.

Ia antaranya melibatkan kawasan Segamat, Johor yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (183), selain beberapa kawasan di Selangor antaranya Johan Setia (178), Shah Alam (170), Banting (167), Klang (166), Petaling Jaya (165) dan Kuala Selangor (155). — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading