Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKNP SIASAT ADUAN KELAKUAN TIDAK SENONOH PEGAWAI PERUBATAN

DALAM NEGARA

JKNP SIASAT ADUAN KELAKUAN TIDAK SENONOH PEGAWAI PERUBATAN

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam. 

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam. 

JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut. 

“Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan dilantik pada 10 April bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut hingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan,” menurut kenyataan itu. 

JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-570 7836 / 7835 / 7847.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading