Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU

DALAM NEGARA

PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU

Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan melarikan seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran Sabtu lepas.

MELAKA: Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan melarikan seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran Sabtu lepas.

Mohd Sukri Md Daud, 40, dituduh melarikan Nurin Wardina Hairi, 18, dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah di sebuah taman permainan di Bukit Rambai pada 3 petang, 5 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan cara yang salah yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana melarikan seorang gadis OKU, bagaimanapun peguam Amritpal Singh memohon hukuman ringan memandangkan tertuduh mempunyai isteri dan tiga anak yang perlu dijaga.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan daripada tarikh tertuduh ditangkap.

Isnin lepas Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit memaklumkan polis menahan seorang lelaki di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, selepas disyaki melarikan gadis OKU berkenaan dan suspek mengaku membawa gadis itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading