Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JPJ bakal perkemas prosedur ujian lesen memandu

DALAM NEGARA

JPJ bakal perkemas prosedur ujian lesen memandu

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkemas prosedur operasi standard (SOP) bagi pengujian pelesenan pemandu untuk memastikan keselamatan anggota penguji dan calon semasa proses pengujian berlangsung.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JPJ, usaha itu dilakukan susulan insiden ancaman jenayah yang berlaku di Batang Benar, Negeri Sembilan dua hari lalu melibatkan penguji dan calon sewaktu proses pengujian berlangsung.

Dalam kenyataan itu menyebut, calon berkenaan diminta memberhentikan kenderaan di bahu jalan setelah melakukan kesalahan mandatori iaitu tidak berhenti di lampu isyarat.

Tetapi calon berkenaan mengacukan pisau kepada anggota JPJ dan mengugut agar ujiannya diluluskan.

Situasi 8 Januari lalu, selepas kejadian calon mengacu pisau kepada anggota JPJ di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, dengan tindakan pantas, anggota berkenaan dapat meloloskan diri dari situasi itu lalu meminta bantuan penyelianya dan polis. Kes tersebut masih dalam siasatan.

Kenyataan itu turut menyebut, JPJ akanmerancang untuk melaksanakan e-testing dengan mengaplikasi teknologi sensor dan kamera dalam ujiannya.

Jelas JPJ, pelaksanaan itu akan membantu mendapatkan keputusan lebih objektif dan mengurangkan campur tangan manusia dalam proses ujian dan penilaian.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading