JUAL SENJATA KEPADA ISRAEL, BIDEN DIGELAR ‘TANGAN BERDARAH’

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mempunyai ‘tangan berdarah’ kerana menyokong Israel dalam konflik di Semenanjung Gaza.

Erdogan juga mengecam tindakan Biden yang meluluskan penjualan senjata kepada Israel.

“Anda melakar sejarah dengan tangan berdarah anda.

“Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam diri mengenai hal ini lagi.

“Bumi Palestin penuh dengan penganiyaan, penderitaan, dan darah. Dan anda menyokongnya,” katanya dalam satu siaran nasional televisyen Turki hari ini.

Semalam kerajaan Biden dilapor meluluskan jualan senjata api bernilai AS$735 juta kepada Israel. — AlHijrah Online

Leave a Reply