MUFTI PERAK POSITIF COVID-19

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Zamri berkata, Harussani. 82, ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan jika Harussani memerlukan bantuan oksigen atau rawatan lain.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB, sama ada beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Zamri pada masa yang sama memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Mufti Perak itu. — AlHijrah Online

Leave a Reply