JUMLAH DEPOSIT TH MELONJAK KEPADA RM88 BILION SETAKAT MEI 2022
Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022, mencerminkan keyakinan umat Islam yang semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022, mencerminkan keyakinan umat Islam yang semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara.
Jumlah deposit TH meningkat hampir 16 peratus kepada RM88 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Dis, 2020.
Menerusi Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24, TH menyasarkan jumlah deposit sebanyak RM100 bilion.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata peningkatan itu sesuatu yang agak ketara apabila deposit bersih bulanan juga mencecah lebih RM1 bilion.
“Untuk rekod, TH telah mencatatkan deposit bersih sebanyak RM1.1 bilion bagi April 2022, antara deposit bersih bulanan tertinggi setakat ini, menggambarkan keyakinan orang Islam di Malaysia terhadap TH,” katanya kepada Bernama.
TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.10 peratus bagi 2021 yang memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya melibatkan jumlah agihan RM2.46 bilion berbanding RM2.24 bilion yang diagih pada 2020, peningkatan sebanyak RM219 juta.
Beliau berkata TH sentiasa komited untuk menambah baik perkhidmatan dalam usaha menggalakkan seluruh umat Islam di Malaysia agar mempunyai akaun TH.
Setakat ini, kira-kira 55 peratus umat Islam di Malaysia masih belum mempunyai akaun TH, katanya.
“Jumlah pendeposit TH hari ini kira-kira 8.5 juta manakala jumlah orang Islam di Malaysia mengikut perangkaan 2020 adalah lebih kurang 18.9 juta. Kira-kira 45 peratus rakyat Malaysia beragama Islam adalah pendeposit TH.
“TH ditubuhkan untuk membantu dan menguruskan umat Islam Malaysia mengerjakan haji yang merupakan antara tuntutan dalam rukun Islam. Maka, penting untuk semua orang Islam Malaysia membuka akaun serta mendaftar haji (mereka yang mampu). Kuota (giliran) haji pula ditentukan oleh pihak lain,” katanya.
Mohamed Ameen berkata deposit daripada simpanan akan dilaburkan untuk memperoleh keuntungan yang kemudiannya akan dizakatkan.
“Pada 2021, TH telah menyerahkan zakat berjumlah RM106 juta untuk golongan asnaf di seluruh negara.
“Sekiranya 55 peratus orang Islam Malaysia yang belum mempunyai akaun TH ini membuka akaun, saiz deposit akan lebih berkembang dan lebih banyak keuntungan boleh dijanakan untuk membantu lebih ramai asnaf di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata TH juga telah menambah baik perkhidmatan selari dengan kehendak pengguna, dengan pembukaan akaun boleh dilakukan secara dalam talian malah pemohon hanya perlu hadir di mana-mana cawangan TH di seluruh negara untuk pengesahan biometrik sahaja.
TH kini telah automasikan kesemua perkhidmatan yang ditawarkan di cawangan, dalam bentuk digital atau dalam talian, katanya.
Beliau berkata justeru, kesemua perkhidmatan yang boleh dilakukan di cawangan TH sama ada transaksi kewangan mahupun haji kini boleh dilakukan secara dalam talian.
“Tahun ini, julung kalinya, TH mengeluarkan tawaran haji secara dalam talian melalui aplikasi THiJARI dan jemaah boleh menjawab tawaran tersebut melalui aplikasi yang sama, tanpa perlu hadir ke cawangan untuk menyerahkan borang penerimaan tawaran.
“Mereka hanya perlu datang ke cawangan untuk menyerahkan pasport dan buku rawatan,” katanya.
Beliau berkata TH berwawasan perkhidmatan di TH harus menjadi lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan industri.
“Pendeposit-pendeposit kami terdiri daripada pelbagai segmen. Justeru, apabila kita mahu memperkenalkan satu platform digital, ia haruslah menyeluruh untuk pelbagai segmen,” katanya.
Platform digital THiJARI yang dilancarkan sejak Februari 2020 kini mencapai lebih 1.5 juta pengguna dan lebih 1.0 juta pengguna aplikasi telefon bimbit, katanya
“Setiap hari kami menerima hampir 90,000 transaksi dalam talian. Angka ini menggambarkan penerimaan pendeposit terhadap usaha yang telah kami laksanakan,” katanya.
Mohamed Ameen berkata sekiranya terdapat pendeposit yang kurang mahir dengan perkhidmatan dalam talian, mereka masih boleh menikmati semua perkhidmatan secara tradisional di kaunter cawangan-cawangan TH.
“Kami juga mempunyai satu lagi saluran di mana kami bekerjasama dengan rakan-rakan bank kami iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan yang terbaharu, AmBank,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager