Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di empat negeri mencatatkan peningkatan pagi ini.
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di empat negeri mencatatkan peningkatan pagi ini.
Di Sabah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 2,468 mangsa banjir daripada 656 keluarga berada di 19 PPS dan satu PPK di Beaufort setakat 8 pagi.
Kenyataan JPBN memaklumkan tiga daripada lima daerah yang terjejas menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa di PPS iaitu Beaufort, Penampang dan Putatan manakala Membakut serta Papar kekal.
“Dua PPS di Penampang menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh iaitu Dewan Inobong dan Kampung Sarapung,” menurut kenyataan itu.
Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini dengan 11 kematian semalam dan satu kematian pada hari pertama kejadian.
Di Perak, jumlah mangsa meningkat kepada 397 orang daripada 91 keluarga pagi ini berbanding 194 orang daripada 48 keluarga malam tadi di Daerah Muallim.
Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Kampung Orang Asli Sungai Lembing Behrang Stesen, Dewan Serbaguna Kampung Pauh dan Sekolah Kebangsaan Kuala Slim.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air Sungai Slim di Slim River melepasi tahap bahaya dengan ketinggian 26.02 meter berbanding paras normal iaitu 23.5 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan beberapa daerah di Perak antaranya Larut, Matang dan Selama, Kinta, Hulu Perak, Kuala Kangsar serta Batang Padang dijangka mengalami ribut dan hujan pada sebelah pagi, petang hingga ke malam.
Di Selangor, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 146 orang daripada 44 keluarga pagi ini berbanding 33 mangsa malam tadi, dengan tiga PPS dibuka.
Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di Hulu Langat manakala dua lagi di Hulu Selangor iaitu Dewan Orang Ramai Hulu Bernam dan Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisik.
Di Negeri Sembilan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata 74 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Jimah Lama, Port Dickson setakat pagi ini berbanding 50 orang daripada 13 keluarga semalam.
“Semalam, mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Jimah Lama tetapi apabila kapasiti melebihi 50 orang, kita tukar kepada PPS yang lebih besar.
“Pertambahan mangsa adalah kerana air masih bertakung di kawasan rumah mereka yang berdekatan dengan sungai… cuaca hari ini baik dan PPS dijangka ditutup hari ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests