SAMBUTAN HARI MALAYSIA BUKAN SEKADAR ACARA TAHUNAN, PERLU DIHAYATI SECARA BERTERUSAN – FAHMI
Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar diraikan pada setiap 16 Sept sebaliknya menjadi platform untuk menghidupkan semangat patriotisme secara berterusan sebagai tanda kecintaan kepada tanah air, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
BUTTERWORTH: Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar diraikan pada setiap 16 Sept sebaliknya menjadi platform untuk menghidupkan semangat patriotisme secara berterusan sebagai tanda kecintaan kepada tanah air, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata semangat mempertahankan kedaulatan dan identiti negara perlu sentiasa hidup dalam diri setiap rakyat untuk mengingatkan kita bahawa menjadi rakyat Malaysia datang dengan tanggungjawab yang besar.
“Jadi pada sambutan Hari Malaysia ini, kita harap bukan sekadar yang kita zahirkan pada 16 Sept setiap tahun tetapi saya harap semangat patriotik itu dapat kita hidupkan.
“Jangan pada Bulan Kebangsaan sahaja kita bangga kibarkan Jalur Gemilang tetapi semangat itu harus ada pada kita dalam jiwa sanubari kita sepanjang tahun, setiap tahun.
“Kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita, identiti kita, negara kita. Itulah mesej yang saya nak sampaikan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara di Bernama Mobile Studio sempena Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena di sini hari ini.
Turut menjadi tetamu dalam program itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Pada masa sama, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan sambutan hari ini yang berlangsung sejak pagi hingga malam ini.
“… kita ada macam-macam reruai, macam-macam kaunter, banyak trak makanan, jadi boleh datang… kita buka dari sekarang hingga ke malam nanti… insya-Allah, selepas majlis rasmi kita akan ada persembahan bunga api… jadi, boleh datang beramai-ramai ke Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Pertandingan Mewarna Keluarga, Pameran Hari Malaysia ‘Menelusuri Zaman’ yang melibatkan demonstrasi penyediaan makanan tradisional selain pameran pakaian dan peralatan warisan.
Acara kemuncak Sambutan Hari Malaysia 2025, yang menampilkan persembahan menarik serta acara menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025, pula akan berlangsung pada sebelah malam.
Sambutan tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Edisi kali ini berlangsung di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager