BANGKAI HARIMAU BELANG DALAM KERETA DI MERSING, POLIS TAHAN TIGA LELAKI
Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, di Mersing pagi tadi.
MERSING: Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, di sini pagi tadi.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor itu digerakkan hasil maklumat awam.
Komander FRU SAC Rosli Md Yusof berkata pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Perodua Alza menemukan seekor harimau belang mati (Panthera Tigris Jacksoni) selain beberapa barangan lain yang turut dirampas.
“Harimau belang ialah khazanah negara yang tidak ternilai. Kehilangannya akibat kerakusan manusia ialah pengkhianatan kepada warisan bangsa.
“Risikan FRU akan terus berada di barisan hadapan, berganding bahu dengan agensi sahabat untuk memastikan setiap khazanah negara dipertahankan. Kami beriltizam membanteras pemburuan haram tanpa kompromi demi kelestarian alam dan generasi akan datang,” katanya.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas seekor harimau belang yang sudah mati, sebuah kereta Perodua Alza dan empat telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM294,007.
Siasatan awal mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan serius dipercayai akibat jerat selain enam kesan tembakan di kepala yang menjadi punca kematian.
Kesemua suspek berumur 28 hingga 49 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Pegawai penyiasat kita sedang lakukan siasatan lanjut dan lengkapkan kertas siasatan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager