Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURUCAKAP HAMAS TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL DI UTARA GAZA

DUNIA

JURUCAKAP HAMAS TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL DI UTARA GAZA

Jurucakap Hamas Abdel-Latif al-Qanoua, terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum subuh pada Khamis yang menyasarkan bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza,.

GAZA/ISTANBUL: Jurucakap Hamas Abdel-Latif al-Qanoua, terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum subuh pada Khamis yang menyasarkan bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).  

“Al-Qanoua syahid apabila tentera Israel menyerang khemahnya di kawasan Jabalia al-Balad,” menurut saluran televisyen Al-Aqsa yang bersekutu dengan Hamas.  

Sejak meneruskan serangan genosidnya di Gaza pada 18 Mac, Israel telah membunuh 830 rakyat Palestin dan mencederakan 1,787 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.  

Kira-kira 124,000 rakyat Palestin sekali lagi terpaksa berpindah selepas Israel menyambung semula serangannya ke atas Gaza dan mengeluarkan “arahan pemindahan,” menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  

Sejak Oktober 2023, hampir 50,200 rakyat Palestin telah terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 113,700 lagi cedera dalam serangan kejam tentera Israel di Gaza. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading