Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR DI PONTIAN PULIH, JUMLAH MANGSA DI JOHOR MENURUN KEPADA 266 ORANG

DALAM NEGARA

BANJIR DI PONTIAN PULIH, JUMLAH MANGSA DI JOHOR MENURUN KEPADA 266 ORANG

Banjir di Pontian pulih sepenuhnya dengan jumlah mangsa di Johor menurun kepada 266 orang sehingga pukul 4 petang ini, berbanding 405 orang yang direkodkan pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Banjir di Pontian pulih sepenuhnya dengan jumlah mangsa di Johor menurun kepada 266 orang sehingga pukul 4 petang ini, berbanding 405 orang yang direkodkan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan sebanyak 41 mangsa daripada sembilan keluarga di daerah berkenaan telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman mereka didapati selamat.

“Sementara itu, semua mangsa daripada 79 keluarga yang masih terjejas akibat bencana tersebut kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading dan Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat.

“Selain itu, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 3.32 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah, kecuali Kluang yang kelihatan mendung pada petang ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading