Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURULATIH TAMPAR PEMAIN: KPM AKAN JUMPA IBU BAPA PELAJAR TERLIBAT

DALAM NEGARA

JURULATIH TAMPAR PEMAIN: KPM AKAN JUMPA IBU BAPA PELAJAR TERLIBAT

Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

KUALA LUMPUR: Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam tular di media sosial satu klip video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan semalam pula melaporkan jurulatih berkenaan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

MAVA melaporkan pihaknya juga telah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian dengan serta-merta, dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading