Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TULAR TELUR TAK BASUH, GERAI ROTI CANAI POPULAR DIARAH TUTUP

DALAM NEGARA

TULAR TELUR TAK BASUH, GERAI ROTI CANAI POPULAR DIARAH TUTUP

Gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

GEORGE TOWN: Gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.

Arahan itu dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas pemeriksaan dijalankan di gerai berkenaan pada jam 11 pagi tadi.

Selain itu, pemilik premis tersebut turut dikompaun RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan.

Sementara itu, pemilik gerai itu, Shahjahan Abdul Hamid berkata, dia akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

“Tempoh (penutupan premis) yang diberi akan digunakan sebaiknya untuk membersihkan gerai ini,” katanya.

Sebelum ini tular video menunjukkan pekerja gerai tersebut menggunakan telur yang masih terdapat najis ayam untuk dijadikan bahan membuat makanan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading