Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JURUTERBANG MAUT SELEPAS JET PEJUANG F-16 TERHEMPAS DI POLAND

DUNIA

JURUTERBANG MAUT SELEPAS JET PEJUANG F-16 TERHEMPAS DI POLAND

Seorang juruterbang terbunuh pada Khamis apabila sebuah jet pejuang F-16 terhempas di tengah Poland, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media tempatan.

Jet pejuang F-16 milik Poland itu terhempas semasa penerbangan latihan menjelang Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025, lapor TVP World yang memetik sumber rasmi.

Sumber: Media Sosial

LONDON: Seorang juruterbang terbunuh pada Khamis apabila sebuah jet pejuang F-16 terhempas di tengah Poland, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media tempatan.

Jet pejuang F-16 milik Poland itu terhempas semasa penerbangan latihan menjelang Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025, lapor TVP World yang memetik sumber rasmi.

Kemalangan itu, nahas pertama melibatkan jet F-16 dalam sejarah penerbangan negara berkenaan, berlaku sekitar 7.25 malam waktu tempatan (1725GMT) semasa penerbangan latihan pasukan pertunjukan udara F-16 Tiger Demo Tentera Udara Poland.

Juruterbang itu terkorban, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, yang telah ke lokasi kejadian dan memberi taklimat kepada Perdana Menteri Donald Tusk.

“‘… ini adalah satu kehilangan besar bagi Tentera Udara dan seluruh Tentera Poland,'” kata Kosiniak-Kamysz di platform X.

Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom, yang dijadualkan berlangsung dari 30-31 Ogos, telah dibatalkan akibat nahas itu, menurut laporan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading