PELAJAR JATUH DARI ASRAMA DI SABAK BERNAM: 12 INDIVIDU DITAHAN BANTU SIASATAN – AMIRUDIN
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan sebanyak 12 individu ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada 26 Ogos lepas.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan sebanyak 12 individu ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada 26 Ogos lepas.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan individu berkenaan dan menasihatkan semua pihak memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.
“Kita beri ruang kepada polis untuk dapatkan kebenaran dan insya-Allah pihak polis juga menjamin siasatan menyeluruh dilaksanakan,” katanya, yang juga Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes itu pada sidang media selepas Majlis Syarahan Hari Kebangsaan Menteri Besar Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.
Amirudin berkata beliau sebelum ini telah mengarahkan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Tawar untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian selain menziarahi keluarga mangsa di hospital.
Di samping itu, beliau memaklumkan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung status pelajar itu selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS).
“Sudah pasti ia dalam pemantauan serius pihak polis dan JKNS kerana beliau (mangsa) antara saksi utama. Ia supaya (mangsa) boleh menceritakan kebenaran atau apa yang berlaku. Insya-Allah, saya percaya JKNS sedang membuat yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa mangsa,” katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar pada 27 Ogos lepas dilaporkan berkata petugas sekolah antara pihak yang dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.
Pada 26 Ogos, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked