Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA”, BERITA ALHIJRAH RANGKUL DUA ANUGERAH SERI ANGKASA 2024

DALAM NEGARA

“KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA”, BERITA ALHIJRAH RANGKUL DUA ANUGERAH SERI ANGKASA 2024

Penerbit Berita AlHijrah Nor Hashimah Ismail dinobat pemenang Anugerah Buletin TV Terbaik manakala Mohammad Zaim Nor Zamani pemenang Anugerah Wartawan TV Terbaik.

Nor Hashimah Ismail (kiri) dan Mohammad Zaim Nor Zamani masing-masing memenangi Anugerah Buletin TV Terbaik dan Anugerah Wartawan TV Terbaik.

KUALA LUMPUR: Berita AlHijrah terus melakar kejayaan selepas berjaya meraih dua anugerah dalam Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024, malam tadi.

Penerbit Berita AlHijrah Nor Hashimah Ismail dinobat pemenang Anugerah Buletin TV Terbaik manakala Mohammad Zaim Nor Zamani pemenang Anugerah Wartawan TV Terbaik.

Menurut Nor Hashimah, kejayaan yang diperoleh ini membuktikan Berita AlHijrah mampu mencipta kejayaan dalam industri penyiaran walaupun tidak memiliki organisasi besar seperti stesen televisyen yang lain.

“Saya tidak sangka, ini percubaan pertama saya (dalam ASA), saya hantar dua penyertaan dan Alhamdulillah, dua-dua menjadi ‘Top 5’.

“Terima kasih bilik Berita AlHijrah dan TV AlHijrah, kami tak ramai tapi kami ada,” katanya semasa menerima anugerah ASA 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Sementara itu, Mohammad Zaim tidak menyangka Berita AlHijrah mampu membawa pulang dua anugerah ASA pada tahun ini.

“Kami di TV Alhijrah bukan sahaja mempunyai program agama yang berkualiti, kami juga banyak berita-berita menarik untuk anda. Teruskan memberi sokongan kepada TV AlHijrah,” katanya.

Kedua-dua pemenang ASA 2024 membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai.

Untuk rekod, lima pencalonan dari Berita AlHijrah mendapat tempat ‘Top 5’ dalam ASA 2024.

Tiga pencalonan mendapat ‘Top 5’ untuk kategori Buletin TV Terbaik, dan masing-masing satu pencalonan untuk kategori Wartawan TV Terbaik dan Liputan Berita TV Terbaik.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading