Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMUDAHAN NUKLEAR IRAN TIDAK TERJEJAS OLEH SERANGAN ISRAEL – KETUA IAEA

DUNIA

KEMUDAHAN NUKLEAR IRAN TIDAK TERJEJAS OLEH SERANGAN ISRAEL – KETUA IAEA

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

Sumber Gambar: AFP

LONDON: Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

“Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

“Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain,” kata Grossi menerusi platform media sosial X pada Sabtu malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Serangan udara Israel di wilayah Iran pada Sabtu mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan yang meluas serta gesaan yang mendesak untuk gencatan senjata segera.

Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan terbabit, menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading