Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HIMPUNAN KIBAR JALUR GEMILANG TIDAK DIMAKLUM KEPADA POLIS – KETUA POLIS PERAK

DALAM NEGARA

HIMPUNAN KIBAR JALUR GEMILANG TIDAK DIMAKLUM KEPADA POLIS – KETUA POLIS PERAK

Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

IPOH: Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu.

Sehubungan itu beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut. 

“Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kira-kira 400 orang berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan sempena Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang. Perhimpunan itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria),” katanya dalam kenyataan hari ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading