Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 10 TAHUN DIBAWA ARUS SUNGAI DITEMUI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 10 TAHUN DIBAWA ARUS SUNGAI DITEMUI MENINGGAL DUNIA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai lemas selepas dibawa arus sungai ditemui meninggal dunia petang tadi.

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai lemas selepas dibawa arus sungai ditemui meninggal dunia petang tadi di Sungai Selisek, Hulu Selangor.

Menurut Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, PgKB II Mustakim Rimon, mayat Muhamad Aakif Imran Asrul Nizam, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 4.36 petang hari ini, kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh ke sungai.

“Unit PPDA melakukan selaman di dalam air berkedalaman anggaran enam meter sebelum mengambil mangsa di dasar sungai,” katanya.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh anggota bomba dengan pencarian dilakukan di permukaan sungai dalam radius tiga kilometer dari lokasi PKB.

Operasi turut mendapat bantuan pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali, Hulu Bernam dan Bernam Utara, selain Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Unit PPDA dan anjing pengesan K9 turut berada di lokasi kejadian sejak semalam bagi membantu usaha pencarian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Onlline

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading