Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LAYANAN KASAR TERHADAP AKTIVIS GSF 2.0, KERAJAAN MAHU KEBENARAN DIBONGKAR

DALAM NEGARA

LAYANAN KASAR TERHADAP AKTIVIS GSF 2.0, KERAJAAN MAHU KEBENARAN DIBONGKAR

Kerajaan kekal tegas dan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan, kebajikan serta hak rakyat Malaysia di luar negara sentiasa dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

Kuala Lumpur: Kerajaan MADANI mendesak siasatan menyeluruh, bebas dan telus dilaksanakan segera susulan dakwaan layanan kasar terhadap rakyat Malaysia serta aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan kekal tegas dan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan, kebajikan serta hak rakyat Malaysia di luar negara sentiasa dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

“Kerajaan juga menuntut supaya kebajikan, maruah dan hak perundangan semua aktivis yang ditahan dihormati serta dilindungi sepenuhnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut menyeru supaya usaha diplomatik diteruskan secara konsisten bagi mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan serta keselamatan antarabangsa.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya amat prihatin apabila timbul dakwaan melibatkan layanan fizikal yang kasar, unsur intimidasi serta penafian hak-hak asas terhadap aktivis yang terlibat. Saya difahamkan pelbagai pihak termasuk organisasi hak asasi manusia dan wakil perundangan kini sedang mengumpulkan testimoni serta bukti berkaitan insiden tersebut,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau perkembangan kes itu secara rapat selain memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia terus menjadi keutamaan.

Sebelum ini, seramai 28 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 ke Gaza dan ditahan tentera Israel dilaporkan selamat tiba di tanah air pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi aktivis, Razman Mat Ali, masih berada di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas dilaporkan mengalami traumatic pneumothorax atau paru-paru bocor akibat ditumbuk tentera Israel dalam insiden berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading