Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK DUA TAHUN MAUT DILANGGAR KETIKA BAPA UNDUR KERETA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK DUA TAHUN MAUT DILANGGAR KETIKA BAPA UNDUR KERETA

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas.

TANGKAK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati ketika kejadian pada 8.15 pagi itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kenderaan jenis Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.

Beliau berkata pada masa yang sama, secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan keluar dari dalam rumah dan terus menuju ke belakang kereta.  

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada 7.30 malam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading