MAKMAL PROSES DADAH DIDALANGI SINDIKET ANTARABANGSA DISERBU, NILAI RAMPASAN RM1.53 BILION
Polis menahan masing-masing tiga lelaki dan wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.
KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan masing-masing tiga lelaki dan wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menyewa sebuah banglo tiga tingkat di Cheras dan Sungai Chua, Kajang untuk memproses dan menyimpan dadah berkenaan di sebuah premis berasingan di Kajang sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.
Hasil serbuan terbabit, polis merampas 18,537 kilogram dadah jenis kokain, ketamin dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
“Kita percaya sindiket ini aktif sejak April lepas dan disyaki menggunakan pelbagai cara untuk mengedar dadah, termasuk menggunakan kaedah kontena dengan mengisytiharkan maklumat palsu dalam borang kastam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Hussein berkata pihaknya turut merampas dan menyita tiga kereta jenis Cherry Omoda, Toyota Vios, Honda Accord, dua kenderaan Toyota Forklift dan sebuah lori jenis Isuzu yang dianggarkan bernilai RM389,000.
Tiga lelaki tempatan terbabit disyaki bertindak sebagai penjaga stor serta menguruskan rumah kediaman dan premis perniagaan yang dijadikan makmal haram memproses dadah, manakala tiga wanita warga asing ialah teman wanita mereka.
“Ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine serta seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
“Kesemua mereka direman tujuh hari hingga 23 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 19532,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager